PERUTUSAN GURU BESAR


En Suhaimi B Che Long Encik Suhaimi Bin Che Long
Guru Besar 
Sekolah Kebangsaan Alor Lintah,
22000 Jerteh,
Terengganu

        Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

        Selamat Datang ke "Laman Web Sekolah Kebangsaan Alor Lintah". Laman Web ini telah dimuatnaik pada 1/6/2001  menandakan titik permulaan Sekolah Kebangsaan Alor Lintah melangkah ke Alam Informasi Teknologi Maklumat ( I T ) sebagai menyahut seruan kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membawa mutu pendidikan di Malaysia ke taraf dunia.

        Dengan adanya Laman Web ini, Sekolah Kebangsaan Alor Lintah mula dikenali di seluruh Malaysia khasnya dan di serata dunia amnya melalui jaringan internet. Pihak Sekolah mengharapkan agar dengan adanya "Laman Web Sekolah Kebangsaan Alor Lintah" ini, ianya mampu menarik minat para pelajar mendalami pengetahuan berhubung dengan Teknologi Maklumat.

        Pihak sekolah juga berharap agar Pusat Sumber Multimedia yang lengkap dengan komputer dan kemudahan teknologi Pendidikan lain dapat ditubuhkan di sekolah ini. Tujuannya adalah untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer di kalangan semua guru dan murid sekolah ini.

        Bagi menjayakan hasrat ini, pihak sekolah sangat mengalu-alukan sumbangan kepakaran, perkakasan, perisian serta kewangan daripada ibu bapa, para dermawan, tokoh-tokoh koprat malahan agensi-agensi kerajaan dan swasta. Kepada bekas-bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Alor Lintah yang telah berjaya dalam bidang masing-masing, derma dan sumbangan ikhlas anda kepada sekolah ini sangat diharapkan dan dihargai.Sampaikanlah dan hulurkanlah sumbangan ikhlas sebagai tanda sokongan dan rasa berterima kasih kerana tanpa pendidikan asas, kita tidak dapat melangkah lebih jauh ke hadapan.

        Akhirkata, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Pegawai laman web En. Saifuddin Bin Muhammad, seterusnya kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pembinaan "Laman Web Sekolah Kebangsaan Alor Lintah" ini. Saya mendoakan agar Sekolah Kebangsaan Alor Lintah akan terus maju dan berjaya dalam segala bidang yang diceburi pada masa-masa akan datang.

LAWATILAH SELALU LAMAN WEB SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR LINTAH.

Sekian, terima kasih.
 
 
 
 


Guru Terbilang,
Pelajar Cemerlang,
Negara Gemilang.


[Perutusan Guru Besar] [Organisasi Sekolah] [Sejarah Sekolah] [Logo Sekolah]
[Lagu Sekolah] [Hal Ehwal Murid] [Kurikulum] [Ko-kurikulum] [Bekas Pelajar Sekolah]
[P.I.B.G] [Takwim Peperiksaan] [Hasil Pelajar] [Kejayaan Sekolah] [Kalendar Persekolahan] [Album] [Link]

HOME
[Ke Laman Utama]