SEJARAH SEKOLAH



 
Didirikan pada tahun 1948
Didirikan pada tahun 1968
 
 


            Sekolah Kebangsaan Alor Lintah Jerteh Terengganu telah didirikan pada tahun 1942. Pada awal penubuhan ia terdiri dari sebuah bangunan kayu beratap nipah. Sekolah ini diberi nama sempena nama kampung dimana ia didirikan. Pada peringkat awal, ianya terdiri dari seramai 60 orang murid dan seorang guru. Guru pertama yang mengajar disekolah ini ialah Allahyarham Encik Wan Awang Bin Abas dan merangkap Guru Besar yang pertama. Beliau berkelulusan darjah lima sekolah melayu.

           Pada tahun 1951 terdapat 2 buah bangunan kayu yang telah dibina untuk menampung pertambahan murid yang meningkat kapada 112 orang dan terdapat 6 orang guru. Kebanyakan murid yang belajar ketika itu terdiri dari anak-anak petani.

           Semenjak penubuhannya pada tahun 1942 hingga tahun 2001 searamai 15 orang Guru Besar telah bertugas disekolah ini. Bangunan telah bertambah kepada 7 buah termasuk dua buah bangunan batu dua tingkat. Sekolah Kebangsaan Alor Lintah terletak lebih kurang 100 meter dari jalan besar Jerteh ke Kampung Raja dan 5 kilometer jaraknya dari Bandar Jerteh.
 
 

Senarai Guru Besar Yang Pernah Berkhidmat Di Sekolah Ini


1942       -                       Awang Bin Abas *

                                      Mohd Nor Bin Salleh *

                                      Mohamad Bin Din *

                                      Abu Bakar Bin Omar *

                                      Ali Bin Latif *

                                      YM Tengku Mohamad Bin Embong *

                                      Mustaffa bin Idris *

               -  31.01.83       Haji Mohamad Bin Abd Rahman *

01.02.83  -  28.01.89       Zakaria Bin Abdullah

01.03.89  -  18.02.92       Ab. Samad Bin Idris

19.02.92  -  31.08.92       Hamzah bin Mohamad ( Pemangku )

01.09.92  -  26.10.92       Ismail Bin Long

01.03.95  -  10.11.96       Hj. Ali Bin Jusoh

01.01.97  -  18.06.99       Awang Bin Latiff

19.06.99  -  31.10.2000   Suhaimi Bin Che Long

01.11.2000 - Sekarang    
 

* Rekod perkhidmatan yang berkenaan tidak dapat dikesan
kerana segala maklumat telah musnah dalam banjir.


[Perutusan Guru Besar] [Organisasi Sekolah] [Sejarah Sekolah] [Logo Sekolah]
[Lagu Sekolah] [Hal Ehwal Murid] [Kurikulum] [Ko-kurikulum] [Bekas Pelajar Sekolah]
[P.I.B.G] [Takwim Peperiksaan] [Hasil Pelajar] [Kejayaan Sekolah] [Kalendar Persekolahan] [Album] [Link]

HOME
[Ke Laman Utama]